My Add

Monday 29 July 2013

CNRP dakwa berlaku penipuan undi dalam pilihan raya

PHNOM PENH, ISNIN, 29 Julai, 2013: Pembangkang Kemboja hari ini mendakwa berlaku penipuan undi secara berleluasa dalam pilihan raya Parlimen negara ini yang diadakan semalam dan dimenangi oleh parti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Hun Sen, sekali gus menolak keputusan pilihan raya itu.

“Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) tidak boleh menerima keputusan pilihan raya Parlimen kelima negara ini kerana kami mendapati berlaku banyak penipuan undi yang serius," menurut parti itu dalam satu kenyataan.

CNRP dalam pada itu mahukan satu jawatankuasa yang diwakili dua parti politik utama di negara ini, Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan, pertubuhan awam dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan segera bagi menyiasat aduan itu.

Parti pimpinan Hun Sen, Parti Rakyat kemboja (CPP) diumumkan memenangi pilihan raya itu semalam selepas memperolehi 68 daripada 123 kerusi Parlimen di Dewan Rendah. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment