My Add

Monday 29 July 2013

Gerila wanita komunis paling dikehendaki Filipina diberkas

MANILA, ISNIN, 29 Julai, 2013: Pihak keselamatan Filipina semalam memberkas seorang wanita yang merupakan satu daripada gerila komunis paling dikehendaki negara ini.

Menurut polis, Maria Loida Magpatoc merupakan Setiausaha Jawatankuasa Serantau Mindanao Selatan Jauh Tentera Baharu Rakyat (NPA) dan mempunyai banyak waran tangkap kerana membunuh dan kemusnahan harta benda.

Jurucakap polis tempatan, Elizabeth Jasmin berkata, gerila berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersama polis dan tentera di bandar Digos di selatan pulau Mindanao. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment