KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) telah menggesa profesion perakaunan mengkaji semula peranan audit, dan berkata ia memberikan nilai dan jaminan dalam menggalakkan keyakinan perniagaan.
"Kami rasa pertimbangan semasa nilai laporan juruaudit harus membentuk pendekatan holistik yang lebih luas untuk pendedahan, laporan dan keyakinan, sebagai usaha untuk meningkatkan nilai laporan korporat melebihi semakan semula piawaian laporan juruaudit sedia ada.
"Di ACCA, kami percaya jaminan bukan sahaja tentang juruaudit walaupun mereka harus mematuhi piawaian kawalan kualiti yang ketat, tetapi semua pemegang saham dalam rantaian penyediaan laporan korporat harus bekerjasama untuk memaksimumkan kualiti audit," kata ketua negara ACCA Malaysia Jennifer Lopez dalam ucapannya hari ini di Forum MIA-ACCA 2013: Nilai Audit Kualiti.
Lopez berkata adalah menjadi hak kepada pemegang saham untuk bertanya tentang peranan audit dalam krisis kewangan global, dan profesion itu perlu memberi tindak balas yang sesuai.
Forum itu dianjurkan bersama oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Ahli panel termasuk rakan kongsi urusan Ernst & Young, Global Risk Management Infrastructure Sukanta Dutt; ketua pegawai kewangan Celcom Axiata Bhd Chari TVT; dan pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment