My Add

Monday 29 July 2013

Lelaki maut, 2 parah ditembak ketika sedang minum

Oleh ASLIZA MUSA

 * SEORANG anggota polis meneliti kesan kelongsong peluru yang dilepaskan suspek dalam kejadian tembakan sehingga mengorban Jasrafveenderjeet Singh serta mencederakan dua lagi rakannya dalam kejadian di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, Ipoh malam tadi. - UTUSAN
IPOH, ISNIN, 29 Julai, 2013: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas ditembak di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini, malam tadi.

Dalam insiden pada pukul 10.15 malam itu, kesemua mangsa yang sedang minum di restoran berkenaan bersama dua rakan yang lain diserang dua lelaki berkereta yang melepaskan tembakan pada jarak dekat sebelum melarikan diri.

Berikutan kejadian itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, yang terkena tembakan di leher mati di tempat kejadian manakala Koo Loo Kong, 55, dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, pula cedera.

Ketua Polis Daerah, Asistem Komisioner Sum Chang Keoong berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment