My Add

Tuesday 2 July 2013

MIC bantu BN kekalkan kerusi DUN Kuala Besut

 KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Julai, 2013: MIC akan menurunkan jenteranya bagi membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu pada pilihan raya kecil kerusi berkenaan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, jumlah masyarakat India di kawasan berkenaan hanya beberapa ratus orang dan pihaknya yakin dapat bertemu mereka seberapa ramai mungkin.

"Kami akan berjumpa dengan seberapa banyak masyarakat India, 0.08 peratus (daripada jumlah pengundi) tidak banyak, beberapa ratus sahaja, ia kawasan Umno," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

DUN Kuala Besut bakal menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Dr A. Rahman mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar. - BERNAM

No comments:

Post a Comment