My Add

Tuesday 2 July 2013

Pengunjung Komtar, Perangin Mall panik bangunan bergegar

 * PEKERJA di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Georgetown di sini, berkumpul dihadapan pintu masuk bangunan berkenaan selepas merasai gegaran kira-kira jam 3.37 petang tadi. berpunca daripada gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan Banda Aceh, Indonesia. - Foto Danial Saad

GEORGETOWN, SELASA, 02 Julai, 2013: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan di Banda Aceh kira-kira jam 3.37 petang tadi menyebabkan berlaku gegaran di beberapa kawasan di bandaraya ini sehingga ke Kawasan Perindustrian Bayan Lepas di sini.

Keadaan itu menimbulkan suasana panik apabila orang ramai terutama mereka yang berada di Komtar dan Perangin Mall di sini, bergegas keluar sejurus merasai kesan gegaran di bangunan berkenaan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan melaporkan pusat gempa berada pada kira-kira 385 kilometer barat daya Balik Pulau. - BH

No comments:

Post a Comment