My Add

Friday 5 July 2013

Pengurus syarikat carigali minyak ditahan kerana rasuah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat carigali minyak pagi ini berhubung kesalahan rasuah dan penggubahan wang haram.

Lelaki berusia 40-an itu bersama seorang lagi yang memegang jawatan pengurus dijadual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini untuk dikenakan tuduhan.

Dia yang ditahan kira-kira pukul 7 pagi ini berkhidmat di bahagian pendaftaran dan pelesenan syarikat minyak tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment