My Add

Monday 1 July 2013

PM ucap takziah kepada keluarga Awang Had

 * BALU Allahyarham Tan Sri Awang Had Salleh, Puan Seri Salmah Abu Bakar menyiram air mawar di pusara tokoh akademik itu sambil dibantu anaknya, Norazlina (kanan) dan menantu, Abdul Rahman Dahlan di tanah perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 1 Julai, 2013: Berita pemergian tokoh pendidikan tersohor Tan Sri Dr Awang Had Salleh turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di luar negara.

Dalam mesej tweet beliau hari ini, Najib mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, termasuk Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Negara telah kehilangan tokoh akademik dan sasterawan terbilang, Tan Sri Awang Had Salleh. Takziah kepada @mpkotabelud dan seisi keluarga," katanya.

Abdul Rahman merupakan suami kepada anak Allahyarham yang juga bekas penyampai berita NTV7, Datin Norazlina.

Awang Had, 79, meninggal dunia pada kira-kira 3 pagi ini di Hospital Putrajaya akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Salmah Abu Bakar,69, dan tujuh orang anak, lima lelaki dan dua perempuan.

Najib kini berada di London untuk lawatan kerja empat hari ke United Kingdom. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment