My Add

Tuesday 2 July 2013

SYABAS terima 556,307 aduan paip bocor, 31,158 paip pecah

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Julai, 2013: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan 556,307 aduan paip bocor dan 31,158 paip pecah diterima di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya antara 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2012.

Syarikat itu dalam satu taklimat di Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, sejak mengambil alih pengurusan pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi program penswastaan pada 2005, SYABAS sudah diamanahkan melaksanakan pelbagai program yang digariskan dalam perjanjian konsesi.

Taklimat penduduk Kampung Baru dan media itu dilakukan bagi memberikan penerangan berhubung penggantian paip sepanjang 12.5 kilometer di kawasan itu. - BH

No comments:

Post a Comment