My Add

Tuesday 2 July 2013

Tentera Mesir beri tempoh 48 jam untuk Morsi berundur

 * PRESIDEN Mesir, Mohamed Morsi (tengah) mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Hisham Kandil (tiga dari kiri) dan menteri-menteri lain di Kaherah, hari ini. - Foto AFP
 * SEBAHAGIAN daripada jutaan penunjuk perasaan berarak menuju istana presiden bagi mendesak supaya Presiden Mesir, Mohamed Morsi berundur di Kaherah, pagi ini. - Foto AFP
KAHERAH, SELASA, 02 Julai, 2013: Pasukan tentera Mesir hari ini memberi amaran bahawa jika Presiden Mohamed Morsi gagal memenuhi kehendak rakyat dalam tempoh 48 jam, mereka akan campur tangan, selepas berjuta-juta rakyat negara itu mengadakan protes di jalanan yang mendesak supaya beliau berundur.

Kenyataan tentera yang dibaca menerusi siaran televisyen tempatan itu disambut baik oleh pihak pembangkang yang berkhemah di Dataran Tahrir, Kaherah sejak beberapa hari lalu.

Arahan terbaru tentera itu berikutan kehendak rakyat yang mahukan Morsi berundur dan tentera memberi tempoh 48 jam sebagai peluang terakhir untuk beliau menjalankan tanggungjawab itu.

"Jika tuntutan orang awam tidak dipenuhi dalam tempoh ini... (angkatan tentera) akan mengumumkan pelan tindakan dan langkah-langkah untuk mengawasi pelaksanaan pada masa depan," kata kenyataan itu. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment