My Add

Friday 5 July 2013

Tentera Mesir maut, militan serang pos tentera di Sinai

KAHERAH, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Seorang tentera Mesir maut awal hari ini apabila kumpulan militan yang menggunakan roket dan mesin gun menyerang pos tentera dan sebuah pangkalan polis di Sinai.

Menurut pegawai perubatan, anggota tentera itu maut dalam serangan ke atas pos tentera di perkampungan al-Gura, utara Sinai dengan dua lagi askar turut dilaporkan cedera.

Sebuah pangkalan polis dan ibu pejabat perisikan tentera di kawasan sempadan Rafa turut menjadi sasaran serangan roket, menurut sumber keselamatan.

Ekoran penggulingan Presiden Mohammed Mursi kelmarin, beberapa kumpulan militan secara terbuka mengancam melancarkan serangan balas. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment