My Add

Wednesday 3 July 2013

Tiada halangan tunai umrah ketika Ramadan:: Jamil Khir

 KUALA LUMPUR, rabu, 03 jULAO, 2013: Tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah ketika Ramadan walaupun virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dilaporkan menular di Arab Saudi.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak timbul isu sekatan bagi jemaah umrah akibat penularan virus itu.

"Tidak timbul isu sekatan, cuma visa sekarang ini diperketatkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memberi laluan pembinaan semula kawasan Tawaf di Masjidil Haram ketika ini," katanya selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kompleks Darul Kifayah di sini, hari ini. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar.

MERS dilaporkan meragut 33 nyawa di Arab Saudi sejak September lalu selain menyebabkan 55 lagi jatuh sakit setakat ini.

Jamil Khir berkata, ketika ini, tempoh sah visa umrah dipendekkan kepada 15 hari berbanding 30 hari sebelum ini bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Masjidil Haram demi keselesaan jemaah.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam hal ehwal kesihatan para jemaah di mana mereka wajib melepasi pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan mengerjakan umrah atau haji. 

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada 70 kakitangan MAIWP bagi menghargai individu yang menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan sepanjang tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment