My Add

Monday 1 July 2013

Tiada lagi rayuan tunda gaji minimum - Richard Riot

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Kementerian Sumber Manusia tidak akan melayan lagi sebarang permohonan syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum setelah tarikh akhir untuk berbuat demikian berakhir semalam.

Menteri berkenaan Datuk Richard Riot berkata, sehingga tarikh akhir semalam, terdapat 743 lagi permohonan penundaan untuk diproses dan dijangka siap dalam masa terdekat.

"Selepas 1 Januari tahun depan, kementerian tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat kerana kementerian telah memberi banyak kelonggaran kepada syarikat besar mahupun perusahaan kecil dan sederhana dengan memberikan tiga fasa penundaan bermula Disember 2012 hingga 31 Disember tahun ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment