My Add

Wednesday 3 July 2013

Tiga terbunuh tebing runtuh di Ukay Perdana

AMPANG JAYA, RABU, 03 Julai, 2013: Tiga terbunuh, manakala seorang patah kaki dalam kejadian tebing runtuh di tapak perumahan mewah Taman Sierra Garden, Ukay Perdana di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketika kejadian, kesemua pekerja warga Myanmar itu sedang melaksanakan kerja pemasangan cerucuk bertujuan memstabilkan struktur tanah di cerun setinggi 2 meter itu untuk kerja pembinaan tebing konkrit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.29 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Satu mayat bersama seorang mangsa yang terselamat dan patah kaki berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerja mereka sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang.

"Dua lagi mayat berjaya dikeluarkan oleh bomba dalam tempoh 30 minit sejurus tiba di tempat kejadian," katanya.

Identiti mangsa yang terbunuh adalah Mohd Alam, 30; Kowrim, 34; Romzo Ali, 30; manakala mangsa yang cedera masih belum dapat dikenal pasti. - BH

No comments:

Post a Comment