81 kumpulan ajaran sesat dikenal pasti di seluruh negara
KUANTAN, AHAD, 01 Disember, 2013: Sebanyak 81 kumpulan ajaran sesat dikenal pasti di seluruh negara termasuk lima daripadanya bergerak aktif dengan keahlian mencecah sehingga puluhan ribuan orang.
Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Abu Syafiq Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi berkata, lima kumpulan yang dikesan aktif meluaskan empayar ajaran sesat yang menyeleweng daripada ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Syiah, Arqam, Hizbut Tahrir, Wahabi dan tarikat.
"Rata-rata kumpulan ajaran sesat ini aktif di Perlis, Kedah, Johor, Perak dan Selangor. Walaupun ajaran sesat ini sukar untuk dikenal pasti, kita boleh mengesannya berdasarkan tingkah laku dan amalan yang mereka lakukan.
"Pada masa kini mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyasarkan golongan muda terutama para penuntut di institusi pengajian tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ceramah Kelebihan Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment