Bekas Perdana Menteri Mesir ditahan
KAHERAH, RABU, 25 Disember, 2013: Pasukan keselamatan Mesir semalam menahan bekas Perdana Menteri kepada Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi, selepas beliau dijatuhi hukuman penjara selama setahun kerana gagal mematuhi perintah mahkamah untuk mengambil alih sebuah syarikat tekstil swasta.
"Pasukan keselamatan berjaya menahan Hisham Kandil, dalam menjalankan perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadapnya. Beliau ditahan di kawasan pergunungan bersama penyeludup ketika cuba untuk melarikan diri ke Sudan," kata Menteri Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan.
Kes berkenaan berhubungan kait dengan penjualan syarikat milik kerajaan kepada pelabur swasta semasa pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment