Seai Kie dipilih Ketua Wanita MCA baharu
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Disember, 2013: Bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie dipilih sebagai Ketua Wanita MCA yang baharu selepas menewaskan seorang lagi calon, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang.
Dalam Perhimpunan Agung Wanita MCA Ke-38 di Wisma MCA hari ini, Seai Kie yang juga bekas Naib Ketua Wanita MCA diberikan tentangan sengit apabila memperoleh 978 undi berbanding Cheng Liang, 841 undi.
Jawatan Ketua Wanita MCA untuk penggal 2013-2016 melibatkan persaingan satu lawan satu selepas penyandangnya, Datuk Yu Chok Tow tidak mempertahankan jawatan.
Jawatan Timbalan Ketua Wanita MCA pula menjadi milik Ketua Wanita MCA Negeri Sembilan, Datuk Lee Pit Chern yang menang tanpa bertanding.
Menurut Seai Kie, beliau amat menghargai sokongan yang diberikan oleh para perwakilan dan berharap Wanita MCA kembali bersatu selepas pemilihan untuk mengangkat kedudukan sayap parti MCA itu.
Cabaran yang lebih besar adalah bagaimana kita hendak menguatkan Wanita MCA demi meyakinkan semua rakyat khususnya pengundi Cina dan rakyat keseluruhannya.
Hal ini penting bagi menghadapi cabaran pilihan raya akan datang untuk membantu BN dan MCA merampas semula kerusi Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment