My Add

Wednesday, 25 December 2013

Tentera Nigeria bunuh 50 pejuang Islam, Boko Haram

ABUJA, RABU, 25 Disember, 2013: Sekurang-kurangnya 50 pejuang Islam, kumpulan Boko Haram terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Nigeria di sini kelmarin.

Pertempuran itu juga mengakibatkan 15 tentera dan lima orang awam terkorban.

Tentera Nigeria telah meningkatkan serangan di timur laut negara itu sejak beberapa hari lalu selepas kumpulan itu melancarkan serangan bom tangan ke atas sebuah penempatan tentera di bandar Bama, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, polis turut meningkatkan kawalan keselamatan berikutan kebimbangan kumpulan itu akan melancarkan serangan pada hari Krismas. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment