My Add

Sunday 15 June 2014

20 orang maut kerana malaria di Guwati

GUWAHATI, India, SABTU 14 Jun, 2014: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan meninggal dunia minggu lepas, akibat wabak malaria yang melanda di kawasan pedalaman, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga di awal musim tengkujuh di negara ini.

Menteri Kesihatan, Tripura Badal Choudhury berkata, angka kematian yang paling tinggi berlaku di timur laut negara ini.

“Setakat ini seramai 20 orang dilaporkan meninggal dunia manakala lebih 400 orang lain yang menghidap penyakit ini dalam tempoh satu minggu," kata Choudhury kepada AFP melalui telefon. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment