My Add

Saturday 14 June 2014

Hasil kajian pemberian diesel kepada nelayan laut dalam dibentang

PUTRAJAYA, SABTU 14 Jun, 2014: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membentangkan hasil kajian semula pemberian diesel kepada nelayan laut dalam kepada Jemaah Menteri bulan depan, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pihaknya kini perlu menunggu reaksi daripada kementerian lain berhubung kertas cadangan tersebut sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

"Buat masa ini kajian berhubung pemberian subsidi tersebut hanya tertumpu kepada nelayan laut dalam kerana kadar penyelewengan lebih banyak dilakukan oleh golongan tersebut.

"Malah nelayan laut dalam menggunakan jumlah diesel dalam kuantiti yang besar sehingga 30,000 liter bagi setiap pengisian berbanding nelayan pesisir pantai yang hanya menggunakannya dalam jumlah yang kecil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Agrohunt Road to Maha 2014 di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak kementerian dilapor bercadang untuk meneliti semula pemberian diesel bersubsidi kepada pengusaha bot nelayan laut dalam susulan banyak kes penyelewengan membabitkan golongan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment