My Add

Wednesday 18 June 2014

ISIL serang Tal Afar, 50 terkorban

 * BEBERAPA keluarga Syiah menaiki trak dan lori bersama barangan mereka meninggalkan Perkampungan Taza Khormato di selatan bandar Kirkuk di utara Iraq berikutan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan pemberontak ISIL berhampiran kampung mereka pada 16 Jun lalu. - AFP
KIRKUK, Iraq, SELASA 17 Jun, 2014: Kira-kira 50 orang terbunuh apabila pemberontak daripada kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menyerang dan menguasai bandar Tal Afar, utara Iraq ketika Amerika Syarikat (AS) mengerahkan beratus-ratus askarnya ke Iraq bagi membantu tentera negara ini dan menimbang menghantar pasukan khas membantu menangani kemaraan kumpulan militan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Wilayah Nineveh, Nuriddin Qabalan, pasukan keselamatan masih menguasai sebahagian Tal Afar terutama berdekatan lapangan terbang.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan, Majlis Wilayah Neneyeh, Moahmmed al-Bayati berkata, antara 500 dan 700 anggota militan terlibat dalam serangan itu.

Presiden AS, Barack Obama semalam memaklumkan kepada Kongres bahawa sebanyak 275 askar AS akan dihantar ke Iraq bagi memberi bantuan sokongan dan keselamatan kepada rakyat negara Iraq dan Kedutaan AS di Baghdad.

Seorang pegawai AS berkata, sebanyak 170 askar telah tiba di Iraq dan sebanyak 100 orang lagi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di negara lain sehingga mereka diperlukan.

Walaupun Obama berikar tentera AS tidak akan terlibat dalam pertempuran di Iraq, beliau dalam makluman kepada Kongres berkata, askar-askar berkenaan mempunyai kelengkapan untuk menghadapi sebarang pertempuran.

Tiga pegawai AS berkata, White House sedang menimbang untuk menghantar satu kontinjen pasukan khas tentera ke Iraq.

Misi mereka yang masih belum diluluskan oleh kerajaan, akan memberi fokus kepada latihan dan menyediakan nasihat kepada tentera Iraq yang kebanyakannya lari meninggalkan pos masing-masing di utara dan barat negara ini ketika kemaraan ISIL. - AFP/AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment