My Add

Thursday 5 June 2014

Keluarga Huntley tiba di HTAA untuk pengecaman

Oleh Shahrinnahar Latib

KUANTAN, KHAMIS 05 Jun, 2014: Keluarga kepada seorang warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Tioman sejak seminggu lalu tiba di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Difahamkan, kehadiran ibu mangsa, Janet Southwell bersama kekasih Huntley, Kit Natariga itu adalah untuk tujuan membuat pengecaman mayat.

Semalam, mayat seorang lelaki ditemui di sebatang sungai berhampiran sebuah stor penyimpanan kayak di Kampung Juara, Tioman. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment