My Add

Wednesday 18 June 2014

Kes Hafizi saman FAM, ditolak

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR, RABU 18 Jun, 2014: Kes saman bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Hafizi Roslee yang digantung permainan seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ditolak setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berpendapat, dia sebenarnya perlu merujuk pertikaian itu kepada Jawatankuasa Rayuan FAM terlebih dahulu dan bukannya membawa tindakan tersebut ke mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam Richard Bong mewakili FAM dan peguam Kevin De Rozario bagi pihak Hafizi.

Rosilah dalam penghakiman bertulisnya menyatakan, setelah menandatangani kontrak bertarikh 11 Disember 2012 dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) maka Hafizi tertakluk serta terikat dengan terma-terma serta syarat-syarat dalam Statut Persatuan Bolasepak Malaysia dan Kod Tatatertib FAM (Edisi 2012).

Pada 6 Mac lalu, Hafizi, 29, memfailkan permohonan tersebut melalui saman pemula dengan menamakan FAM defendan pertama dan KLFA, defendan kedua. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment