My Add

Tuesday, 3 June 2014

Kesihatan Hadi Awang semakin baik

KUALA LUMPUR, ISNIN 02 Jun, 2014: Keadaan kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kini bertambah baik sejak beliau dimasukkan ke Hospital Universitesi Hastansi di Medipol, Istanbul, Turki selepas mengalami sesak nafas pada Sabtu lalu.

Perkara itu dilaporkan oleh Abdul Hadi menerusi status laman Facebooknya yang dimuat naik pada pukul 4.25 petang waktu Istanbul (9.25 malam waktu Malaysia) semalam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini.

"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar Allah memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari Allah," kata Abdul Hadi dalam laman Facebook miliknya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar yang berada di Istanbul ketika dihubungi berkata, Abdul Hadi kini stabil dan kelihatan lebih baik.

Beliau memberitahu, pihak Pejabat Kedutaan Malaysia ke Turki telah bertemu dengannya dan berbincang mengenai bentuk bantuan yang akan diberikan kepada Presiden Pas tersebut.

Sementara itu, Ahmad Shamsuri malam ini memberitahu, Abdul Hadi sudah dipindahkan ke wad biasa.

"Alhamdulillah Tuan Guru sudah dipindahkan ke wad biasa dan sedang mendapat rawatan susulan. Keadaan beliau semakin baik, ceria, bersemangat dan semakin bertenaga," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment