My Add

Monday 9 June 2014

Kos SAR MH370 berjumlah RM27.6 juta

KUALA LUMPUR, isnin 09 Jun, 2014: Kerajaan hari ini mengumumkan kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 untuk fasa pertama setakat ini adalah berjumlah RM27.6 juta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah tersebut digunakan untuk membiayai kos makan dan minum anggota pasukan SAR serta kos bahan api aset yang digunakan.

Beliau berkata, bagaimanapun, kos operasi pasukan dari negara lain ditanggung sendiri oleh negara-negara tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment