My Add

Friday 20 June 2014

Peminat Piala Dunia mati kerana berjaga malam

BEIJING, JUMAAT 20 Jun, 2014: Seorang lelaki yang berusia 25 tahun mati selepas berjaga sehingga awal pagi untuk menonton satu perlawanan bola sepak di televisyen, kata doktor di China.

Lelaki itu ditemui mati oleh kedua ibu bapanya di dalam biliknya, walaupun televisyen masih menyala.

Ibu bapa pemuda itu yang sedih dengan kejadian tersebut memberitahu media bahawa anaknya telah berjaga beberapa malam berturut-turut untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014.

Doktor membuat kesimpulan bahawa lelaki itu mungkin mati akibat keletihan atau di serang penyakit jantung sebagai akibat bangun terlalu lewat, selain terlalu letih. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment