My Add

Monday 2 June 2014

Polis guna helikopter jejak 3 nelayan hilang

DUNGUN, ISNIN 02 Jun, 2014: Polis akan menggunakan helikopter bagi mencari tiga nelayan yang dilapor hilang di perairan Pulau Tenggol dekat sini sejak lapan hari lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, pihaknya telah memohon bantuan daripada Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDM) bagi tujuan itu.

Usaha menjejaki tiga nelayan sebelum ini menggunakan kapal peronda masih tidak berhasil.

"Kita jangkakan hari ini operasi menerusi udara akan digerakkan namun masih menunggu kelulusan pihak atasan," katanya kepada BERNAMA di Dungun.

Menurut Ahmad Zailani, Che Wan Mohd. Radzi Che Wan De, 48, Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Ahmad Che Ngah, 39, keluar menangkap ikan di kawasan perairan Pulau Tenggol sejak 26 Mei lalu dan tidak pulang-pulang sehingga ke hari ini. - BERNAMA

Isteri salah seorang daripada mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun dan usaha menghubungi nelayan-nelayan berkenaan menerusi telefon bimbit juga gagal.

Ahmad Zailani berkata pihaknya mendapat kerjasama Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan unit skuba Bomba mengesan ketiga-tiga mereka itu. --BERNAMA

No comments:

Post a Comment