My Add

Thursday 12 June 2014

Pusat Kecemerlangan Kesejahteraan Bandar bantu penduduk

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesejahteraan Bandar dijangka dapat menyelesaikan pelbagai masalah penduduk di bandar yang semakin dinamik dan mencabar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, penubuhan pusat sehenti itu diharap dapat menjadi perantara antara rakyat dan kerajaan agar suara rakyat didengari sekali gus kerajaan bersedia mengambil langkah wajar untuk penyelesaian masalah tersebut.

“Buat masa ini pusat tersebut di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) yang bertanggungjawab menyediakan hala tuju perancangan fizikal negara selaras dengan visi pembangunan negara.

“Besar harapan saya untuk melihat pusat ini dikendalikan dengan lebih santai dan tanpa protokol agar tiada kekangan daripada rakyat untuk menyampaikan maklumat atau cadangan dalam usaha mencapai kesejahteraan bandar," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Kesejahteraab Bandar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment