My Add

Saturday 14 June 2014

Remaja 17 tahun ditahan kerana cuba seludup dadah

JAKARTA, SABTU 14 Jun, 2014: Dua warganegara Hong Kong termasuk seorang remaja berusia 17 tahun ditahan di sini semalam kerana cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine ke Indonesia, kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Menurut pegawai kastam, Okto Irianto, remaja tersebut merupakan orang yang paling muda pernah ditahan kerana cubaan mengedar dadah di lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

Remaja yang dikenali dengan nama CK dan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun pula dikenali sebagai HT ditahan bersama 5.2 kilogram dadah yang diikat dibadan mereka. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment