My Add

Monday 16 June 2014

Sembilan pelajar kolej ditahan kerana persenda PM India

NEW DELHI, ISNIN 16 Jun, 2014: Seramai sembilan pelajar sebuah kolej di selatan negara ini ditahan semalam, kerana menggunakan perkataan yang tidak menyenangkan dan tidak sopan terhadap Perdana Menteri baharu, Narendra Modi dalam satu silang kata majalah keluaran kolej berkenaan.

Menurut laporan berita NDTV, kesemua sembilan pelajar dari Kolej Sree Krishna di bandar Guruvayur Kerala itu didakwa dengan pelbagai tuduhan termasuk kerana memfitnah.

Mereka, bagaimanapun, telah dilepaskan dengan ikat jamin, kata polis. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment