My Add

Monday 9 June 2014

Suami isteri rentung rumah terbakar di Kunak

KUNAK, ISNIN 09 Jun, 2014: Sepasang suami isteri rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Kunak Jaya di sini awal hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat daerah, Jaafar Salleh berkata, mayat Jumaidi Sakka, 50-an, dan isterinya, Dahati Juma, 50-an, dijumpai di ruang dapur rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi.

"Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi.

"Selesai memadamkan api, kami menemui kedua-dua mayat suami isteri yang rentung di bahagian dapur rumah," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ketika kejadian pasangan itu tinggal berdua di rumah.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kunak untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment