My Add

Tuesday, 17 June 2014

Tiga penyerang Dataran Tiananmen dijatuhi hukuman mati

BEIJING, SELASA 17 Jun, 2014: Kerajaan China semalam, menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga orang pesalah yang terlibat dalam serangan berdarah di Dataran Tiananmen, Oktober tahun lalu.

Mahkamah di Urumqi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Husanjan Wuxur, Yusup Umarniyaz dan Yusup Ahmat atas kesalahan membentuk dan mengetuai sebuah organisasi penganas yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat.

Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang penyerang, manakala empat lagi penyerang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment