My Add

Tuesday 17 June 2014

Zon larangan merokok diperluas ke RnR

Oleh SYUKRI SHAARI

IPOH, SELASA 17 Jun, 2014: Kementerian Kesihatan akan mewartakan zon bebas rokok terhadap kawasan tertutup di semua pusat rawat dan rehat (RnR) di lebuh raya seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, laluan pejalan kaki berbumbung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejauh 23 kilometer di ibu negara juga akan diwartakan sebagai zon bebas rokok.

“Perbincangan telah dilakukan dengan pihak konsesi lebuh raya dan mereka bersetuju dengan langkah tersebut. Pewartaan ini akan dilakukan secepat mungkin dan dijangka mampu dilaksana sebelum hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment