My Add

Sunday 29 January 2012

Pas perlu perjelas larang ke program berkaitan akidah – TPM

PAGOH, AHAD, 29 Januari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pas menjelaskan tuduhan berhubung larangan kepada anggota parti itu untuk menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Beliau berkata, kepimpinan Pas perlu menjelaskan tuduhan atau kecaman yang dibuat oleh bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali itu supaya rakyat mengetahui hakikat sebenar mengenainya, sekali gus membuat penilaian.

"Soal akidah ini adalah soal yang penting dari segi Islam, tetapi kalau bekas pemimpin Pas berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat penilaian.

"Kalau betul itu tuduhan yang berat, maka Pas juga harus tampil ke depan untuk menafikan.

“Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu dan tentu ada sebab yang kukuh mengapa beliau berkata begitu. Kalau Pas tidak setuju, maka Pas boleh tolak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Zon Sungai Terap/Sungai Raya, di Bukit Pasir, di sini, hari ini.

Hassan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor semalam menyifatkan kepimpinan parti itu sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada murtad. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment