My Add

Monday 30 January 2012

Permudah permohanan SARA1M

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY

JOHOR BAHRU, ISNIN, 30 Januari, 2012: Johor Bahru menjadi kawasan Parlimen pertama di Malaysia menjalankan inisiatif pengisian borang permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M) lebih awal bagi memastikan kebarangkalian penduduknya menyertai skim tersebut lebih tinggi.

Ahli Parlimennya, Datuk Shahrir Samad (gambar) berkata, mereka yang layak telah diisikan borang untuk diserahkan kepada pihak bank yang dilantik menguruskannya.

Jelas beliau ,pendekatan ini diambil kerana beliau percaya SARA1M mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat negara ini dan tidak menolak kemungkinan pintu-pintu bank terpilih di seluruh negara akan sesak dengan mereka yang mahu memohon esok.

"Dalam SARA1M, gabungan simpanan dan pelaburan membolehkan peserta mendapat simpanan RM5,000 dan dilaburkan, akhirnya menjadi RM13,000 apabila matang.

"Saya menyasarkan sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 orang di kawasan Parlimen Johor Bahru dapat menyertainya kerana dalam BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) baru-baru ini seramai 2,000 layak menerima bantuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat dan permohonan SARA1M di Dewan Serbaguna Majidee, di sini, kelmarin.

Satu lagi sesi taklimat dan permohonan turut diadakan di kawasan Sri Stulang semalam dan mendapat sambutan 'pisang goreng panas'.

Shahrir turut menegaskan bahawa SARA1M bukan diberikan melalui pinjaman daripada pihak luar tetapi kekuatan kewangan kerajaan sendiri untuk membantu rakyat berpendapatan rendah yang tersepit dengan keadaan ekonomi.

"Melihat kepada reaksi orang ramai, saya rasa cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melanjutkannya hingga ke Ogos atau September nanti akan direalisasikan.

"Ini berdasarkan kedudukan kewangan negara yang baik, defisit yang menurun, jumlah eksport yang lebih banyak daripada import dan ekonomi mantap malah lebih baik daripada Jepun," katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment