My Add

Monday 30 January 2012

100 di DUN Kupang lega dapat bantuan JKM

BALING, ISNIN, 39 Januari, 2012: Seramai 100 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang lega setelah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah meluluskan bantuan bulanan bagi meringankan beban mereka.

Penyelaras DUN Kupang, Ishak Mat berkata, objektif utama bantuan itu adalah memberi perlindungan kepada kumpulan sasar bagi meringankan beban yang ditanggung.

"JKM sentiasa memberi komitmen padu dalam memastikan setiap permasalahan penduduk mendapat perhatian sewajarnya menerusi pelbagai bantuan antaranya kewangan dan perlatan untuk berniaga," katanya selepas merasmikan program penyampaian bantuan itu bersama Pejabat Penyelaras DUN Kupang, baru-baru ini.

Bantuan itu melibatkan empat kategori iaitu bantuan kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya dan pesakit terlantar dengan kadar RM300 hingga RM450 sebulan mengikut kelayakan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment