My Add

Sunday 29 January 2012

Perak semak semula isu permohonan tanah pertanian

IPOH, AHAD, 29 Januari, 2012: Kerajaan negeri Perak akan menyemak semula isu permohonan tanah pertanian di negeri itu yang didakwa mempunyai masalah daripada segi tempoh pajakan dan kelewatan pemprosesan hak milik, seperti mana pernah dibangkitkan oleh MCA, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, kurniaan hak milik tanah pertanian yang dibuat melalui agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan tempoh pajakan 30 tahun menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank turut dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Dr Soi Lek mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon untuk menangani isu permohonan tanah pertanian yang boleh dikatakan telah tertunggak begitu lama.

"Hampir 3,200 hektar dengan melibatkan 1,680 petani kini dalam proses peringkat akhir untuk diluluskan manakala 2,000 permohonan yang mengambil masa sejak zaman dahulu, kami yakin isu ini juga akan dapat diselesaikan oleh Zambry,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, pelbagai isu tanah telah dibincangkan bersama-sama Menteri Besar antaranya cadangan tempoh pajakan tanah 30 tahun dilanjutkan kepada 60 tahun supaya petani boleh mendapatkan pinjaman munasabah daripada pihak bank memandangkan pertanian di Perak menggunakan teknologi tinggi. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment