TAWAU, AHAD, 29 Januari, 2012Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain mungkin akan diminta menyusuli langkah UMNO menggerakkan lembaga disiplin parti, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) kelak.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu dijangka diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan datang.
"Bila kita ada mesyuarat Dewan Tertinggi BN, saya berkeyakinan bahawa Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan memaklumkan pengerusi komponen lain untuk gerakkan apa yang telah kita (UMNO) putuskan,” katanya di sini hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, parti itu menggerakkan lembaga disiplin parti dalam usaha mengekang unsur negatif pada kalangan anggota UMNO termasuk mensabotaj calon yang dipilih pada PRU ke-13 (PRU13). – BERNAMA
No comments:
Post a Comment