KLUANG, AHAD, 29 Januari, 20122: Kementerian Dalam Negeri akan memperluaskan transformasi yang bakal dilaksana di dalam pasukan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) kepada agensi lain di bawahnya.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu bagi memastikan agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut menikmati peningkatan dalam pelbagai aspek seperti RELA.
“Diharapkan dengan cara ini dapat menggerakkan gelombang semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda,” katanya selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Paloh, di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas penambahbaikan pada RELA termasuk penggubalan Akta Rela yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, Hishammuddin berkata, keputusan itu bagi meremajakan RELA dalam menghadapi ancaman baru.
"Peranan RELA pada masa depan bergantung kepada peranan dan hala tuju sekarang," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment