My Add

Sunday 29 January 2012

Ketua isi rumah gagal dapat BR1M boleh kemuka rayuan

IPOH, AHAD, 29 Januari, 2012: Kerajaan menasihatkan ketua isi rumah yang layak tetapi gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mengemukakan rayuan sebelum 10 Februari ini bagi bolehkan permohonan mereka segera diproses.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keluarga dengan isi rumah berpendapatan sebanyak RM3,000 ke bawah yang gagal mendapat BR1M masih boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Mereka berhak mengemukakan rayuan kerana mungkin permohonan awal ditolak disebabkan kesilapan teknikal atau faktor-faktor lain dan kita minta mereka membuat rayuan dengan segera.

"Rayuan akan dipertimbangkan sebaik mungkin berdasarkan perincian alasan yang boleh diterima. Ia bertujuan memberi keadilan dan membuka ruang kepada rakyat untuk menuntut hak yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Parlimen Tambun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Cheng di Chemor hari ini.

Dalam laporan akhbar yang disiarkan baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima sebanyak 4,123,713 borang dan daripada jumlah itu sebanyak 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Daripada jumlah itu, hanya 3,102,054 permohonan telah diluluskan dan pemohon akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment