My Add

Monday 30 January 2012

Kenyataan Anwar tidak mengejutkan

BATU PAHAT, ISNIN, 30Januri, 2012: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Sebaliknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO mahu mengetahui apa pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berhubung kenyataan ketua pembangkang berkenaan.

"Itu bukan perkara pelik atau mengejutkan kita. Cuma yang kita hendak tahu, apa pendirian Pas, DAP dan PKR dalam hal ini," katanya selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina dan menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di Paloh, dekat sini, semalam.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut menempelak Anwar dengan menyatakan strategi digunakan pemimpin pembangkang itu telah ketinggalan zaman kerana kecanggihan teknologi masa kini membolehkan rakyat memperoleh maklumat dari seluruh dunia.

"Apa yang dibangkitkan di luar negara dengan harapan ia tak balik ke sini dah tak boleh menjadi satu strategi lagi dah, kerana sekarang ini dunia tanpa sempadan.

"Dalam negara cakap lain, luar negara cakap lain, dengan kaum ini cakap lain, dengan penganut agama ini cakap lain," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment