My Add

Sunday 29 January 2012

Dakwaan negara akan muflis menjelang 2020 mainan politik

BUTTERWORTH. AHAD, 29 Januari, 2012: Dakwaan pembangkang bahawa negara akan muflis menjelang tahun 2019 hanya mainan politik dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada rakyat memandangkan kadar perbelanjaan domestik negara menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Kalau rakyat khuatir dengan kerajaan mereka tidak akan berbelanja. Tetapi sebaliknya berlaku.

“Setiap tahun perbelanjaan domestik meningkat. Rakyat tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara sentiasa maju,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pelbagai pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 dan menggesa rakyat supaya menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan pendedahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, tidak timbul isu negara akan muflis kerana sejak Malaysia merdeka taraf hidup rakyat semakin meningkat. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment