My Add

Wednesday, 20 February 2013

1,000 pengguna di Kelantan alami gangguan bekalan air
 

KOTA BHARU, RABU, 20 Februari, 2013: Kira-kira 1,000 pengguna di tiga jajahan iaitu Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan elektrik di Loji Rawatan Air di Merbau Chondong, Machang, hari ini.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan berkata, penyelenggaraan elektrik di loji itu akan bermula pada jam 2 hingga 3 petang.

Antara kawasan dan kampung terbabit di Machang ialah Bandar Machang, UiTM Machang, Labok, Padang Selising, Merbau Chondong, Bukit Tiu, Banggol Petai, Kweng Hitam, Pangkal Meleret, Wakaf Bata dan Paloh Rawa.

Kampung-kampung terbabit di jajahan Pasir Puteh termasuk Bukit Bidang, Taman Sentosa, Alor Hijau, Jeram, Selising, Dalam Rhu, Tok Bali, Bukit Jawa, Kedai Menanti, Kampung Berangan dan Banggol Telipot, manakala di jajahan Kota Bharu ialah di sekitar Kok Lanas.

Sehubungan itu, AKSB menasihatkan pengguna di kawasan terlibat supaya menyimpan bekalan air mencukupi sementara bekalan dipulihkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment