My Add

Monday 25 February 2013

114 ditahan berkaitan dadah, RM18,400 dirampas

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
KOTA BHARU, ISNIN, 25 Februari, 2013: Polis Kelantan merampas wang tunai sebanyak RM18,400 dan menahan seramai 114 orang yang terlibat dengan pelbagai jenis kesalahan jenayah membabitkan dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mereka yang terbabit ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu selama kira-kira lapan jam bermula pukul 1 pagi ini di empat kawasan iaitu Kubang Kerian, Binjai, Melor dan Nilam Puri.

"Hasil daripada operasi tersebut dua penangkapan dibuat di bawah kesalahan Seksyen 39 (A) (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, 13 penangkapan di bawah Seksyen 12(2) dan selebihnya kesalahan di bawah Seksyen 15(1).

"Wang sebanyak RM18,400 yang dirampas itu pula adalah dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan dadah oleh salah seorang yang ditahan pada operasi tersebut. Individu terbabit sendiri telah mengakui bahawa wang itu hasil daripada penjualan dadah.

"Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 22 hingga 50 tahun. Penangkapan tersebut juga membabitkan dua wanita di mana seorang daripadanya telah bersuami dan suami dia turut ditangkap. Yang seorang lagi masih bujang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment