My Add

Tuesday 26 February 2013

3,000 atau 300?: Jumlah hadir konvensyen pembangkang dipersoal

 LAMAN web Antarapos menyiarkan berita dan gambar yang
mempersoalkan jumlah kehadiran pada konvensyen pakatan
pembangkang di Shah Alam semalam.
 *KERATAN laman web The Rocket yang menyatakan jumlah 3,000 orang hadir pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam semalam. Sehingga pukul 3.05 petang ini, laman web itu masih memaparkan entri tersebut.

Oleh SUWARNI MOKHTAR (Utusan Online)
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Jumlah kehadiran peserta konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam mula dipersoal terutama oleh blogger dan pemilik portal berita di Internet apabila terdapat percanggahan ketara mengenainya.

Laman blog Helen Ang misalnya hari ini menimbulkan persoalan mengenai jumlah sebenar mereka yang menghadiri konvensyen pakatan pembangkang di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam.

Ini kerana, terdapat perbezaan ketara antara laporan laman web Antarapos yang hanya menyatakan kira-kita 300 orang menghadiri persidangan tersebut berbanding laporan laman web rasmi parti DAP, The Rocket yang menyatakan kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis tersebut.

Persoalan yang ditimbulkan oleh blogger terbabit turut dilengkapi dengan beberapa keping gambar yang dipetik daripada beberapa laman web.

Selain itu, Helen dan beberapa komen turut membuat kiraan kasar mengenai kapasiti dewan digunakan, yang dianggarkan cuma mampu memuatkan sehingga 800 orang pada satu-satu masa.

Maklumat seterusnya boleh dibaca di link ini: http://helenang.wordpress.com/2013/02/26/kantoi-rocket-kata-ada-3000-hadirin-antarapos-kata-300/

Laporan asal Antarapos yang membangkitkan persoalan ini juga boleh dibaca di link ini: http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkapRobQ==# - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment