My Add

Saturday, 2 February 2013

Bedah siasat sahkan kanak-kanak tiga tahun mangsa dera

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Polis mengesahkan bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mati di kediamannya di Semenyih semalam adalah mangsa dera.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata hasil bedah siasat itu di Hospital Serdang mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki.

"Menurut doktor, terdapat dua kesan dera, yang terbaru kesan baru dua hari dan yang lama sudah seminggu," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Irfan Raiyan Muhammad Shahn ditemui tidak bernyawa, oleh ibunya, ketika mahu mengejutkan anaknya itu, yang tidur, untuk mandi pada jam 11 pagi semalam.

Ab Rashid berkata, ibu mangsa seorang suri rumah berusia 25 tahun akan dipanggil untuk soal siasat mengikut seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment