My Add

Saturday 9 February 2013

Kalimah Allah: 30 ahli NGO bantah Lim Guan Eng

*SEBAHAGIAN daripada penyokong dan ahli Pas mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan tanda bantahan isu kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu di Masjid Jamek Kampung Rawa, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din
PULAU PINANG, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Seramai 30 ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mencetuskan polemik berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu baru-baru ini.

Mereka yang merupakan ahli Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengadakan demonstrasi itu di hadapan Masjid Jamek Kampung Rawa dekat sini selepas solat Jumaat sambil membawa sepanduk.

Antara sepanduk yang dibawa bertulis 'Orang Melayu Jangan Undi Karpal di Gelugor'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment