My Add

Wednesday 20 February 2013

Kepulauan Spratly: China tolak timbang tara

MANILA, RABU, 20 Februari, 2013: China semalam menolak kes timbang tara yang difailkan Filipina dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Duta China di Manila, Ma Keqing memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Luar Filipina bahawa China menolak dan mengembalikan pernyataan tuntutan dan pemberitahuan Filipina.

Kes itu mencabar kesahihan tuntutan China ke atas seluruh kawasan Laut China Selatan termasuk kawasan di dalam 370 kilometer zon ekonomik eksklusif Filipina.

Filipina bagaimanapun berkata, proses timbang tara itu tetap akan diteruskan walaupun keengganan China untuk menyertainya. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment