My Add

Wednesday 20 February 2013

Mahkamah Tinggi kekalkan hukuman penjara 26 bulan terhadap dua lelaki

IPOH, RABU, 20 Februari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Teluk Intan menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan dan denda RM6,000 terhadap dua lelaki atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.

Hakim Datuk Zainal Abidin Abd Ghani dalam keputusan rayuan kes itu mengekalkan hukuman kepada Lee Chee Fook, 24, dan L Davandr, 22, termasuk penggantungan lesen memandu selama dua tahun berkuatkuasa serta-merta dari tarikh dibicara.

Mereka dituduh bersama kerana berlumba motosikal secara zig-zag dengan melulu serta merbahaya dengan tertuduh pertama melakukan aksi 'willy' sementara tertuduh kedua melakukan lagak 'Superman' meluruskan kaki ke belakang.

Kesalahan itu dilakukan di Kilometer Tiga Jalan Changkat Jong, Teluk Intan kira-kira jam 1.40 pagi, 21 November 2010 yang boleh membawa bencana kepada pengguna jalan raya. - BH

No comments:

Post a Comment