My Add

Wednesday 20 February 2013

MB Selangor umum tawar pengambilalihan konsesi air RM9.65 bilion

SHAH ALAM, RABU, 20 Februari, 2013: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengemukakan tawaran bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi perkhidmatan bekalan air di negeri ini, bagi memulakan proses pengambilalihan sebagaimana dirancangkan sebelum ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu akan dibuat melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd., Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding Sdn. Bhd. (Splash).

"Tawaran itu dikeluarkan secara rasmi oleh KDEB petang ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment